ENTRY 3, 20hb Sept 2012
Salam kepada semua pembaca. Kalau sebelum ini aku buka topik
yang mana tak diajar di dalam driving skool, kali nih aku nak bercerita plak
tentang perangai driver kita yang mana memang ada diajar oleh driving skool.

Situasi ini sering berlaku pada aku dipersimpangan. Aku sedang menunggu
untuk keluar simpang(samada ke kanan atau ke kiri jalan) di satu simpang 3. Ada
sebuah kereta dari arah jalan utama dan dipandu dengan agak perlahan. Aku
menunggu kerana menyangka dia akan memandu terus melintasi persimpangan. Aku
masih lagi menunggu sambil berkata dalam hati ‘ mak aihh...bercinta nyer driver
tuh bawak kereta...macam pegi makan angin’..huhuhu. Tiba-tiba, setelah hampir
dengan simpang, kereta yang aku tunggu untuk diberikan laluan itu membelok
masuk ke simpang yang sama dengan aku...Sama jugak kalau aku dari arah jalan
utama, nak masuk simpang ke kanan, dari arah hadapan aku ada sebuah kereta yang
perbuatannya sama dengan situasi di atas tadi....aku kena tunggu sebab
menyangka kereta tu akan terus melepasi simpang(kalau dia terus, aku kena la
bagi laluan sebelum aku boleh masuk simpang kan?...)

GRRRrrr....panasnya hati...adoi la. sedara oiii...guna la
lampu isyarat belok tuh. Tak perlu lah orang tunggu kita macam lah kita nih
perdana menteri yang nak lalu. Kalau orang kat simpang tau kita pun nak masuk
simpang, dia tak perlu tunggu lama lama kat situ, dah boleh keluar pun...nak
kata lampu signal rosak, kereta baru beli...plastik seat pun belum bukak sanggup
duduk atas plastik wrapping. alahaiii...
Aku pun kadang kadang ada gak tak turn signal bila masuk
simpang, tapi for sure pada masa tuh tak ada kereta lain dari arah depan,
belakang ataupun yang sedang menunggu di simpang. Sila gunakan lampu isyarat
belok anda, jika tidak mahu guna, sila beri pada orang lain yang tahu
menggunakannya. Terima Kasih.
END of entry 3.
No comments:
Post a Comment