Monday 8 October 2012

Hi Semua...bertemu lagi dalam entry kali ini, 09 Oktober, 2012.

Apa aku nak cerita kali nih yer? Erm...OK...OVERTAKE, tetapi kena HIGH BEAM...
Aku rasa bukan aku jer yang ada pengalaman macam nih...aku rasa ramai lagi orang lain
yang ada pengalaman nih dan pastinya setuju dengan aku...

Sewaktu aku memandu di satu jalan yang lurus, pada siang hari, ada sebuah lori trailer panjang
(kenderaan berat dan panjang) yang bergerak perlahan iaitu sekitar 60kmj. Aku nak memotong
lori tersebut, tetapi trafik yang datang dari arah bertentangan agak sibuk...hampir 10 minit aku
mengekori lori tersebut kerana tidak dapat memotongnya kerana trafik ataupun garisan berkembar.
Aku memandu perodua kancil yang sudah pastinya agak perlahan daya memotongnya, jadi aku perlu mengambil masa yang lama untuk memotong berbanding kereta yang bersesaran 1000cc ke atas
mahupun berkuasa turbo.


So, bila ada peluang aku akan terus keluar memotong. Namun dengan tiba tiba ada kereta
datang dari arah bertentangan dengan lajunya...mungkin perodua lamborghini ataupun proton veyron..
aku masih lagi di dalam 'mode' memotong lori trailer panjang tersebut...tanpa segan silu, kereta
yang datang dari arah bertentangan memberikan 'high beam' atau dalam bahasa melayu disebut
sebagai 'lampu tinggi' kepada aku yang sedang memotong...lalu dalam hatiku berkata 'WTF'!


Takkan la ko tak nampak aku tengah memotong nih tak lepas lagi??? siang hari beb...buta ke haper?
apa ko ingat aku tak nampak ke ko kat depan aku? orang buta takleh drive beb...aduhhh...
Daripada ko bagi aku 'high beam' lebih baik ko brek sikit, kurangkan kelajuan ko tuh supaya
aku nih lepas memotong...dah tentu aku naik kancil ko plak naik V12 turbo supercharger...
takkan tak boleh perlahan sikit kasik aku lepas...kan??? kalau lah aku berlanggar dengan ko,
keter aku kemek(mungkin aku pun kemek) tapi keter ko bukan keter kebal kan? ko pun bukan
ada ilmu kebal kalau kena langgar tak jadi apa apa kesan kan? so...bertolak ansur lah untuk
perlahankan kenderaan anda apabila anda nampak kereta yang sedang memotong di laluan
anda tidak dapat melepasi kenderaan yang dipotongnya...BUKAN nya bagi 'high beam' sebab
aku tak perlukan high beam ko ketika memotong...tetapi aku memerlukan 'ruang' dan tolak ansur.


End of ENTRY. Terima Kasih

Thursday 20 September 2012

Lampu Isyarat Belok (Turning Signal)


ENTRY 3, 20hb Sept 2012

Salam kepada semua pembaca. Kalau sebelum ini aku buka topik yang mana tak diajar di dalam driving skool, kali nih aku nak bercerita plak tentang perangai driver kita yang mana memang ada diajar oleh driving skool. 

Lampu isyarat belok...tau tak? Alahhhhh...lampu ‘signal’...haaa...tau? Seringkali kita jumpa pemandu yang malas nak ‘turn on’ lampu isyarat nih ketika membelok kan? Korang tau tak...lampu isyarat belok tuh bukannya jauh pun dari tangan kita...just ‘pull up’ atau ‘pull down’ ajer. Sejak zaman berzaman kereta dicipta memang dah sedia mudah untuk menggunakan lampu isyarat belok nih. Tetapi kenapa? kenapa? kenapa susah sangat nak guna sewaktu membelok?

Situasi ini sering berlaku pada aku dipersimpangan. Aku sedang menunggu untuk keluar simpang(samada ke kanan atau ke kiri jalan) di satu simpang 3. Ada sebuah kereta dari arah jalan utama dan dipandu dengan agak perlahan. Aku menunggu kerana menyangka dia akan memandu terus melintasi persimpangan. Aku masih lagi menunggu sambil berkata dalam hati ‘ mak aihh...bercinta nyer driver tuh bawak kereta...macam pegi makan angin’..huhuhu. Tiba-tiba, setelah hampir dengan simpang, kereta yang aku tunggu untuk diberikan laluan itu membelok masuk ke simpang yang sama dengan aku...Sama jugak kalau aku dari arah jalan utama, nak masuk simpang ke kanan, dari arah hadapan aku ada sebuah kereta yang perbuatannya sama dengan situasi di atas tadi....aku kena tunggu sebab menyangka kereta tu akan terus melepasi simpang(kalau dia terus, aku kena la bagi laluan sebelum aku boleh masuk simpang kan?...)

Tiba tiba kereta tuh masuk simpang jugak tanpa memberi isyarat belok...Adoii sakitnya hati, kalau tak dah lama aku boleh masuk simpang tu dan tak menyusahkan orang kat belakang aku yang terpaksa berhenti kerana menunggu aku untuk masuk ke simpang. Keadaan ini juga berlaku pada penunggang motosikal. Kalau motor tuh mungkin signal dia selalunya rosak, mentol terbakar, suis jammed dan sebagainya...itu aku faham sebab aku pun ada menunggang motor jugak. Tapi mudah juga dilakukan oleh penunggang motor jika memberi isyarat tangan...kadang kadang isyarat tangan lebih jelas(obvious) berbanding signal yang kecik dan malap. Bukan nak kena pinjam tangan orang lain pun...tangan sendiri ajer(lain la ko takder tangan! tapi kalau takder tangan mana boleh bawak moto ye dak?). Kat driving school dulu kan ada buat demostrasi isyarat tangan masa ‘test’ JPJ...lupa dah? ke berlakon je masa tuh untuk dapat lesen? adoi.

GRRRrrr....panasnya hati...adoi la. sedara oiii...guna la lampu isyarat belok tuh. Tak perlu lah orang tunggu kita macam lah kita nih perdana menteri yang nak lalu. Kalau orang kat simpang tau kita pun nak masuk simpang, dia tak perlu tunggu lama lama kat situ, dah boleh keluar pun...nak kata lampu signal rosak, kereta baru beli...plastik seat pun belum bukak sanggup duduk atas plastik wrapping. alahaiii...
Aku pun kadang kadang ada gak tak turn signal bila masuk simpang, tapi for sure pada masa tuh tak ada kereta lain dari arah depan, belakang ataupun yang sedang menunggu di simpang. Sila gunakan lampu isyarat belok anda, jika tidak mahu guna, sila beri pada orang lain yang tahu menggunakannya. Terima Kasih.

END of entry 3.

Thursday 13 September 2012

Entry 2. 14 Sept 2012

Cermin pandang belakang. Ya, kalau anda beli kereta dan bukannya kereta sorong atau kereta api, aku yakin kereta korang mempunyai cermin pandang belakang dan cermin sisi sebagai peralatan keselamatan pemanduan.

Tetapi berapa ramai yang salah menggunakannya dan ada yang tak tau lansung kegunaannya? jangan terasa yer...kita sama sama belajar...heheh.

Setiap tahun, kemalangan jalan raya adalah penyumbang tertinggi kematian selain daripada kes penyakit berjangkit(yang tertinggi ialah kes kematian akibat Denggi). Salah satu punca yang menjadi penyebab kemalangan maut ialah kemalangan akibat 'blind spot'. Blind Spot adalah satu titik buta pada pandangan mata kita yang sedang memandu. Biasanya cermin pandang akan menjadi alat bantuan, namun kecetekan ilmu kita membuatkan titik buta ini tetap wujud di dalam pemanduan kita.

 Ada satu situasi(yang dulu aku juga biasa alami). Sewaktu sedang memandu di lebuh raya 3 lorong, korang berada di lorong tengah, dan korang hendak memotong kenderaan di hadapan. Korang menoleh ke cermin pandang belakang dan sisi, setelah itu korang menukar lorong setelah yakin tiada kenderaan lain sewaktu melihat cermin. Tiba tiba...PPPooooonnnnnnn!!! korang di 'hon' dari sisi kerana ada sebuah kereta di sebelah yang muncul entah dari mana sedangkan korang yakin tadi memang tak ada kereta. YA, inilah yang dikatakan blind spot(titik buta) dalam pemanduan kerana cermin pandang korang tidak membantu lansung(bukan salah cermin, tapi salah korang).


Hari ini aku akan berkongsi dengan korang satu cara menghilangkan titik buta tersebut. Hampir 99% peratus kereta yang aku naiki dan pandu(bukan kereta sendiri) mempunyai talaan cermin yang salah! Cara ini diperakui oleh kawan kawan rapat dan saudara mara yang mana telah aku terangkan cara talaan cermin yang betul. Mereka selepas itu tidak lagi pernah mengalami keadaan bahaya sewaktu menukar lorong.

Titik buta ini terjadi kerana cermin sisi korang ditala untuk melihat sisi kereta korang dan bukakannya untuk melihat kenderaan dibelakang(betul tak?) Cermin sisi yang ditala dengan betul tidak akan menampakkan sisi kereta, tetapi melihat ruang jalan raya. Melihat sisi kereta hanya perlu sewaktu parking ajer...iaitu kurang dari 1% masa memandu korang(tak tau la kot ada yang ambik masa selama 15 minit untuk masuk parking). So, mana lagi penting? sewaktu pemanduan atau sewaktu parking?..ingat semula fakta kes kemalangan yer.

SO, camner nak setting side mirror tu? Ok, camni yer...
Cermin pandang tengah korang setup betul betul kat tengah la yer...pastuh cermin sisi kanan dan kiri plak korang setup 90’(90 darjah) keluar sehingga sisi kereta tidak kelihatan. Korang perlu menjenguk ketepi untuk melihat kepada cermin sisi sewaktu parking. Selain dari waktu parking, memang korang tak akan dapat melihat sisi kereta.


Camner nak tau titik buta dah tak ada? Korang boleh test...korang suruh la saper saper kawan yang free nak tolong, mintak dia memandu di belakang kereta korang(kereta korang berenti pun boleh, test kat jalan taman yang lengang jer, jangan kat jalan raya yang sibuk plak...). Mintak dia memandu di belakang dan seterusnya memotong kereta korang(samada ke kiri atau ke  kanan).
Sewaktu dia berada di belakang korang, akan kelihatan di dalam cermin pandang belakang(cermin tengah). Sewaktu dia mula keluar untuk memotong, dia akan kelihatan di dalam cermin sisi. Korang akan dapat melihat dia di dalam cermin sisi sehingga dia betul betul berada di sebelah, dan apabila dia berada di sebelah sisi, korang telahpun dapat melihat dengan mata kepala korang sendiri(live) bahagian hadapan bumper atau bonet kereta dia melepasi pandangan sisi korang ke hadapan.


Dalam erti kata lainnya, kenderaan yang datang dari belakang dan seterusnya berada disebelah sisi dan terus kehadapan, sentiasa dapat anda lihat dan tidak hilang dari pandangan. Teknik nih rasanya tak diperlukan kepada kereta yang mempunyai cermin sisi khas untuk titik buta atau kereta mewah yang mempunyai sistem 'blind spot assist'. Kepada mereka yang memandu kereta 'biasa-biasa' yang tak ada benda alah canggih tuh, Cubalah!

End Of Entry 2.


Wednesday 12 September 2012

Permulaan Bicara


Salam kepada pembaca budiman...Selamat Datang ke blog “FOOLS INJECTION” Informasi Budaya Di Jalan Raya. Blog aku ni dicipta bukan kerana nama...ewahhh...hahaha.
Aku dah lama rasa terpanggil untuk membuat blog nih...tetapi tak pernah terdetik untuk menaip sehinggalah pada hari ini, ketika ini, mungkin keboringan yang amat sangat mengilhamkan aku...”apa kata kalau aku tulis blog? mungkin keboringan aku akan menurun ke tahap yang neutral” maka aku pun mula menulis(menaip).

11.55am 13 Sept 2012.
Kebanyakan kita mempunyai kenderaan kan? Yang kaya berkereta mewah, yang miskin mungkin berbasikal atau hanya berjalan kaki. Mat rempit pula akan ber...superman...Tapi, kebanyakan orang akan mempunyai kenderaan tak kira kereta, van, mpv, suv, apv, 4x4, lori, motorsikal, basikal mahupun bas mini.
Tetapi tahukah kita? banyak perkara pelik yang tidak diajar atau terlebih ajar yang kita lakukan semasa memandu? haaaa...tak perasan kan? memang kita kurang sedar tentang perkara ini yang mana perbuatan kita itu selalunya menyusahkan dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Kerana itulah blog ini tercipta, dan kerana itulah juga saya menulis di sini. ewahhh(lagi). Mulai saat ini, mari kita sama sama berkongsi apa yang berlaku di atas jalan raya kita. Komen dan teguran yang membina adalah amat digalakkan. komen yang meruntuh(kalau ada) akan dijadikan sempadan(siam).
Jom...kita membebel!


Mukaddimah, Entry 1. 13 Sept 2012
Keadaan nih selalu aku alami, yang selalunya akan menyakitkan hati...korang pun mesti selalu kena, atau korang sendiri yang buat(baca nih betul betul). Aku memandu di satu jalan yang lurus, di depan aku ada simpang (tak kisahlah simpang 3 atau 4, kiri atau kanan) dan ada sebuah kereta yang hendak keluar simpang. Aku memandu dengan kelajuan jalan persekutuan iaitu 80kmj. Di belakang aku tiada sebarang kenderaan mengekori. Hanya Aku.
Tiba tiba apabila hampir dekat persimpangan(keadaan masih selamat untuk kenderaan dari simpang keluar) kereta yang menunggu di simpang keluar dalam satu arah dengan aku sebelum sempat aku melepasi simpang. Well...that’s OK...yang tak OK nya, bila kereta tuh dah keluar simpang, dia drive dengan kelajuan selamba...mungkin kurang dari 60kmj. Aku terpaksa membrek dan memperlahankan kelajuan aku dari 80kmj agar tidak melanggar kereta yang keluar simpang di hadapan aku. Sakit hati tak?

Dengar nih aku nak cakap...kalau rasa nak keluar simpang sambil melenggang kangkung, eloklah korang keluar simpang selepas aku melepasi simpang. Maka tak perlulah aku menjadi terencat membrek dan mengekori kereta yang sedang makan angin! Bukan apa...kat belakang aku tadi tak ada kereta lain pun...hanya aku. Apa la salahnya tunggu kejap aku melepasi simpang, pastuh lantak korang lah kalau nak keluar simpang dengan kelajuan kereta lembu pun...aku pun tak kisah.
Dalam kes di atas, adalah dimaafkan kalau jalan(jalan aku) tuh dipenuhi kereta yang bersusun dan sukar mendapat peluang untuk keluar dari simpang. Boleh la si pemandu selamba tadi keluar mencelah bila ada peluang...aku pun tak kisah.

Atau, boleh jugak korang nak keluar simpang depan aku walaupun jalan tak dipenuhi kereta...boleh...kalau lepas untuk keluar sebelum aku sampai, keluar lah...aku pun biasa buat sewaktu aku nak keluar simpang...TAPI, bila dah keluar tuh terus lah pecut ke kelajuan selesa agar orang kat belakang tak terencat menurunkan kelajuan kat belakang kita!

END of Entry 1.